Pembakaran tembakau menjadikan merokok sangat berbahaya. Apabila sebatang rokok dibakar pada suhu yang tinggi, ia membebaskan lebih daripada 6,000 jenis bahan kimia.
Pembakaran tembakau menghasilkan asap. Asap ini mengandungi tahap bahan kimia berbahaya yang tinggi yang menyebabkan penyakit berkaitan merokok, seperti kanser paru-paru.
Pilihan terbaik yang boleh dibuat oleh mana-mana perokok adalah berhenti menggunakan tembakau dan nikotin sepenuhnya—namun ramai yang tidak melakukannya. Mana-mana perokok dewasa yang tidak berhenti boleh mengelakkan pembakaran dengan beralih kepada alternatif bebas asap – bebas daripada asap.
Alternatif yang disokong oleh bukti sains dan direka mengikut piawaian yang tinggi berpotensi mengurangkan kemudaratan dengan ketara.
Alternatif ini masih membawa ketagihan dan tidak bebas risiko, tetapi ia adalah pilihan yang lebih baik daripada terus merokok.
Pembakaran
Asap
Asap mengandungi tahap bahan kimia berbahaya yang tinggi merupakan punca utama penyakit berkaitan merokok.
Nikotin
Nikotin menyebabkan ketagihan dan tidak bebas daripada risiko, namun ia bukan punca utama penyakit berkaitan merokok.
Apa yang berlaku jika anda menyingkirkan proses pembakaran?
Memang benar bahawa manusia mungkin tidak semaju tanpa penemuan teknologi api – walau bagaimanapun, dalam aspek kehidupan moden, seperti merokok, sudah tiba masa kita menghentikan peranan pembakaran. Dengan kemajuan teknologi and pemahaman yang lebih komprehensif, objektif ini kini boleh dicapai.
Apabila anda menyingkirkan proses pembakaran, pendedahan terhadap bahaya boleh dikurangkan. Produk bebas asap menghasilkan bahan kimia berbahaya yang jauh lebih rendah berbanding dengan rokok, kerana produk ini tidak membakar atau menghasilkan asap yang berbahaya.