BERHENTI SEPENUHNYA
Berhenti merokok dan nikotin sepenuhnya adalah pilihan terbaik yang boleh dibuat oleh seseorang perokok.
Ia merupakan pengalaman peribadi seseorang, tetapi anda tidak keseorangan. Tidak ada satu kaedah yang sesuai untuk semua orang.
Cara yang baik untuk bermula adalah mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan membuat perancangan yang sesuai untuk anda.
Ramai yang berhenti melakukannya tanpa bantuan professional, atau dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan. Ada pula yang berhenti dengan bantuan professional, seperti kaunseling, dan sesetengah perokok berhenti dengan menggunakan produk bantuan pemberhentian.
Laman sesawang ini tidak bertujuan untuk menawarkan nasihat perubatan atau psikologi. Kami mengesyorkan anda berbincang dengan doktor, ahli farmasi, atau perkhidmatan berhenti merokok untuk mendapatkan bimbingan professional.
Selain itu, terdapat pelbagai sumber tersedia dalam talian yang dapat membantu anda mendapatkan sokongan terbaik, termasuk perkhidmatan berhenti merokok yang relevan di Malaysia, bagi membantu anda berhenti merokok mulai hari ini.
Walau apa pun kaedahnya, yang paling penting ialah berhenti.