Tobacco leaf

KENALILAH NIKOTIN

Nikotin menyebabkan ketagihan, dan merupakan salah satu sebab orang merokok, tetapi bertentangan dengan kepercayaan popular, nikotin bukanlah punca utama kepada penyakit berkaitan dengan merokok, seperti kanser paru-paru. Penyakit-penyakit ini adalah disebabkan oleh tahap toksin yang tinggi dihasilkan oleh asap tembakau.

 

Berhenti menggunakan tembakau dan nikotin sepenuhnya adalah keputusan yang terbaik, tetapi jika seseorang perokok tidak berhenti merokok, mereka perlu tahu bahawa produk tembakau yang dipanaskan, e-rokok, dan produk bebas asap oral* wujud sebagai alternatif yang kurang berbahaya daripada terus merokok.

 

Walau bagaimanapun, banyak mitos dan salah tanggapan mengenai nikotin telah menghalang orang ramai daripada mempertimbangkan alternatif yang lebih baik. Penjelasan yang betul dapat membantu perokok dewasa untuk membuat keputusan termaklum.

Mengapa produk bebas asap mengandungi nikotin?

Sebab-sebab orang merokok adalah kompleks, dimana ia meliputi banyak aspek dari segi ritual dan rasa deria.

Nikotin adalah penting dalam aspek ini bagi ramai perokok, dan kebanyakannya hanya berkemungkinan akan menggantikan rokok dengan sepenuhnya jika produk bebas asap dapat menjadi alternatif yang memberi kepuasan.

  

*Produk bebas asap adalah tidak bebas risiko dan mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan.

Bagaimana nikotin mempengaruhi badan seseorang?

Walaupun nikotin bukan bebas risiko, ia bukanlah punca utama penyakit berkaitan merokok.